School of Industrial Technology

Zhameir Shafiq bin Mohd Ilias

Zhamier

BIOPROCESS TECH GRADUATE

Bioproses 2011-2015; Yang Dipertua Persatuan Teknologi Industri 2012/2013; Majlis Perwakilan Pelajar Teknologi Industri 2013/2014

Pengalaman melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Teknologi Industri sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sepenuh masa merupakan sangat berharga bagi saya dan ianya salah satu perkara paling hebat pernah berlaku dalam hidup saya. Sepanjang 4 tahun di sini, pelbagai ilmu dan pengalaman baru telah saya peroleh sama ada dalam bidang akademik mahupun di luar bidang akademik sendiri. Di dalam bidang akademik, saya berpeluang untuk mempelajari bidang teknologi Bioproses iaitu antara bidang terbaru yabg ditawarkan di PPTI selain teknologi makanan, bpc dan persekitaran. Manakala selain bidang akademik pula, saya berpeluang menjalankan pelbagai program di bawah anjuran Persatuan Teknologi Industri dan juga Majlis Perwakilan Pelajar PPTI.

Pada pandangan saya, PPTI adalah merupakan salah satu pusat pengajian di USM yang mempunyai standard yang tersendiri dalam melahirkan mahasiswa/i yang berkualiti dan mampu memenuhi keperluan pasaran pekerjaan di luar khususnya di dalam bidang industri sendiri. Pensyarah berpengalaman, peralatan makmal semasa yang canggih, pelajar dan staf yang sentiasa komited menjadi kunci kepada kejayaan PPTI dalam menjadi pusat pengajian yang unggul di USM. Justeru, tidak menghairankan mengapa penyelidikan yang dihasilkan melalui PPTI adalah bertaraf antarabangsa dan diiktiraf di peringkat global dan juga kebangsaan. Akhir kata, saya berbangga menjadi sebahagian dari warga PPTI dan saya sayang PPTI!

Bioprocess Undergrad

  • Hits: 959

PPTI Youtube Channel

Endowment

Our Location

School of Industrial Technology, Building G07, Persiaran Sains, Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604 653 2219 | Fax: +604-653 6375 | Email: dean_ind@usm.my

  • Last Modified: Wednesday, 26 March 2025