Hasil Program Prasiswazah
Objektif Program (OP)
- OP1: Kompeten bekerja serta berupaya menyelesaikan masalah.
- OP2: Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan bekerja secara pasukan.
- OP3: Mempunyai kemahiran kepimpinan, sikap yang positif dan beretika profesional.
- OP4: Berkebolehan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar.
- OP5: Mempunyai minat dalam asas keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat.
Hasil Pembelajaran Program (HPP)
- HPP1: Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengkhususan teknologi.
- HPP2: Mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu serta permasalahan secara kritis, kreatif dan inovatif.
- HPP3: Menunjukkan kemahiran teknikal yang menyeluruh dalam bidang pengkhususan.
- HPP4: Memaparkan sikap bertanggungjawab dan menguasai kemahiran sosial.
- HPP5: Menguasai kebolehan berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai lapisan masyarakat.
- HPP6:Menunjukkan asas kemahiran digital untuk pembangunan kerjaya.
- HPP7: Mempamerkan kemahiran numerasi dalam semua aspek kehidupan.
- HPP8: Berfungsi dengan berkesan secara individu dan berpasukan dengan kemampuan untuk memimpin.
- HPP9: Mengurus maklumat semasa dan menyedari kepentingan pembelajaran sepanjang hayat.
- HPP10: Menguasai asas pengetahuan keusahawanan untuk pembangunan kerjaya.
- HPP11: Memahami dan menguruskan industri secara profesional dan beretika.
- Hits: 3395