Vacancy for University Lecturer DS51 (Contract)
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI), Universiti Sains Malaysia mempelawa individu yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pensyarah Universiti DS51 secara kontrak. Individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan di Hebahan Iklan seperti di Lampiran adalah dipelawa untuk memohon dengan menghantar butiran jaya diri (CV) dan dokumen lain yang berkaitan melalui e-mel kepada : -
Dekan,
Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI),
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang
Emel: dean_ind@usm.my
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
3. Bersama-sama ini disertakan lampiran kriteria yang diperlukan untuk hebahan kepada semua individu yang berkelayakan di bawah jabatan YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.
4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 September 2023. Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 2997