// tukar uk-width-1-4 ke uk-width-4-4

Garis Panduan dan Peraturan Makmal

Kemaskini 23 Mac 2021

Daripada pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan

Makmal Pengajaran dan Pembelajaran

  1. Maklumat staf makmal (nama, nomber telefon) diletakkan pada pintu makmal.
  2. SOP pengguna makmal sebelum, semasa dan selepas penggunaan makmal dipaparkan di pintu makmal. Satu senarai semak kendiri pengguna makmal diletakkan pada setiap makmal sebagai makluman kepada pengguna makmal.
  3. Pengurusan diselia sepenuhnya oleh pihak LMO dan staf makmal seperti urusan perolehan bahan, baikpulih dan pelupusan.
  4. Staf makmal perlu memastikan segala aktiviti makmal dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan/masalah. Contohnya barangan keperluan pakai habis perlu sentiasa mencukupi, alatan berfungsi dengan baik dan sekiranya tidak, staf makmal perlu melaporkan kepada LMO untuk tindakan susulan dan memaklumkan serta berbincang dengan pensyarah yang akan menggunakan alatan tersebut untuk kelas amalinya.
  5. Staf makmal perlu memastikan makmal sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih.
  6. Kawasan khas pengumpulan sementara sisa buangan ujikaji (kimia/biologi/kaca pecah) disediakan dan SOP pelupusan sisa dipaparkan di kawasan tersebut.
  7. Pembuangan sisa buangan ujikaji perlu dilakukan oleh staf makmal dan dibantu oleh LMO.
  8. Pengguna/pelajar perlu memastikan tempat kerja dan alat/radas yang dipakai dibersihkan selepas guna. Staf makmal boleh mengambil tindakan terhadap pengguna/pelajar tersebut sekiranya mereka gagal berbuat demikian. Contoh tindakan yang boleh diambil adalah memberi amaran atau menghalang pelajar daripada menggunakan makmal tersebut sekurang-kurangnya seminggu atau lebih bergantung pada kekerapan kegagalan pelajar mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.
  9. Pelajar/pengguna PPTI baru makmal perlu memperkenalkan diri kepada staf makmal dan LMO buat kali pertama sebelum menggunakan makmal di PPTI.
  10. Sekiranya kelas amali perlu diteruskan selepas waktu pejabat, maka pensyarah yang mengajar kelas amali tersebut perlu memaklumkan kepada staf makmal yang terlibat.
  11. Pelajar (pascasiswazah/projek tahun akhir) perlu mengisi borang lebih masa dan mendapat kelulusan daripada penyelia sekiranya ingin menjalankan aktiviti makmal selepas waktu pejabat.
  12. Staf makmal perlu memastikan pengguna/pelajar mematuhi segala peraturan makmal termasuk peraturan penggunaan alatan di dalam makmal. Peraturan penggunaan alatan dipaparkan dan taklimat yang jelas akan diberikan oleh staf makmal sekiranya perlu.

Makmal Sepunya

  1. Maklumat staf makmal (nama, nomber telefon) diletakkan pada pintu makmal.
  2. Pengurusan diselia sepenuhnya oleh pihak LMO dan staf makmal seperti urusan perolehan bahan, baikpulih dan pelupusan.
  3. SOP pengguna makmal sebelum, semasa dan selepas penggunaan makmal dipaparkan di pintu makmal. Satu senarai semak kendiri pengguna makmal diletakkan pada setiap makmal sebagai makluman kepada pengguna makmal.
  4. Pensyarah rujukan boleh memberi bantuan dari segi bidang kepakarannya dalam alatan penyelidikan jika perlu. Contohnya teori prinsip kerja HPLC dan sebagainya.
  5. Staf makmal perlu memastikan segala aktiviti makmal dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan/masalah. Contohnya barangan keperluan pakai habis perlu sentiasa mencukupi, alatan berfungsi dengan baik dan sekiranya tidak staf makmal perlu melaporkan kepada LMO untuk tindakan susulan dan memaklumkan kepada pensyarah yang akan menggunakan alatan tersebut untuk kelas amalinya.
  6. Staf makmal perlu memastikan makmal sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih.
  7. Kawasan khas pengumpulan sementara sisa buangan ujikaji (kimia/biologi/kaca pecah) disediakan dan SOP pelupusan sisa dipaparkan di kawasan tersebut.
  8. Pembuangan sisa buangan ujikaji dilakukan oleh staf makmal dan dibantu oleh LMO.
  9. Pengguna/pelajar perlu memastikan tempat kerja dan alat/radas yang dipakai dibersihkan selepas guna. Staf makmal boleh mengambil tindakan terhadap pengguna/pelajar tersebut sekiranya mereka gagal berbuat demikian. Contoh tindakan yang boleh diambil adalah memberi amaran atau menghalang pelajar daripada menggunakan makmal tersebut sekurang-kurangnya seminggu atau lebih bergantung pada kekerapan kegagalan pelajar mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.
  10. Pelajar/pengguna PPTI baru makmal perlu memperkenalkan diri kepada staf makmal dan LMO buat kali pertama sebelum menggunakan makmal di PPTI.
  11. Sekiranya kelas amali perlu diteruskan selepas waktu pejabat, maka pensyarah yang mengajar kelas amali tersebut perlu memaklumkan kepada staf makmal yang terlibat.
  12. Staf makmal perlu memastikan pengguna/pelajar mematuhi segala peraturan makmal termasuk peraturan penggunaan alatan di dalam makmal. Peraturan penggunaan alatan dipaparkan dan taklimat yang jelas akan diberikan oleh staf makmal sekiranya perlu.

Makmal Penyelidikan

  1. Maklumat staf makmal (nama, nomber telefon) diletakkan pada pintu makmal.
  2. Maklumat pelajar/pengguna (nama, gambar, nomber telefon) diletakkan pada pintu makmal.
  3. Maklumat pensyarah (Nama, number telefon, kod QR) yang menjalankan penyelidikan di makmal tersebut diletakkan pada pintu makmal.
  4. SOP pengguna makmal sebelum, semasa dan selepas penggunaan makmal dipaparkan di pintu makmal. Satu senarai semak kendiri pengguna makmal diletakkan pada setiap makmal sebagai makluman kepada pengguna makmal.
  5. Pendaftaran bahan kimia yang dibeli oleh pensyarah perlu diserahkan kepada staf makmal bagi tujuan perekodan dan pengauditan.
  6. Pengguna/pelajar yang menggunakan nanopartikel dalam aktiviti penyelidikan perlu mendapatkan nasihat daripada pihak LMO sebelum memulakan kerja mereka.
  7. Kawasan khas pengumpulan sementara sisa buangan (kimia/biologi/kaca) ujikaji disediakan di setiap makmal dan SOP pelupusan sisa buangan penyelidikan dipaparkan di kawasan tersebut.
  8. Pelupusan sisa buangan ujikaji (kimia, biologi, kaca pecah) akan dilaksanakan oleh pelajar/pengguna dan dibantu oleh staf makmal terlibat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak UKKP. SOP pelupusan sisa dipaparkan di kawasan tersebut. Taklimat tatacara pelupusan sisa tersebut akan diberikan oleh pihak LMO.
  9. Setiap stesen kerja pelajar/pengguna makmal perlu dilabel dengan jelas termasuk paparan nama dan number telefon pelajar dan nama penyelia.
  10. Penggunaan makmal penyelidikan oleh bukan pelajar pusat pengajian perlu mendapat kelulusan bertulis dari Dekan Pusat Pengajian buat kali pertama dan dimaklumkan kepada pihak LMO bagi tujuan perekodan.
  11. Pengguna/pelajar perlu memastikan tempat kerja dan alat/radas yang dipakai dibersihkan selepas guna. Pemantauan akan dilakukan oleh staf makmal.
  12. Pengguna/pelajar perlu menanggalkan salung tangan Ketika menekan butang lift dan membuka pintu makmal.
  13. Kekemasan dan kebersihan dalam makmal selain tempat kerja pelajar adalah dibawah jagaan staf makmal. Staf makmal boleh mengambil tindakan terhadap pelajar yang mengotorkan kawasan umum (selain tempat kerja pelajar) di dalam makmal. Contoh tindakan yang boleh diambil adalah memberi amaran atau menghalang pelajar daripada menggunakan makmal tersebut sekurang-kurangnya seminggu atau lebih bergantung pada kekerapan kegagalan pelajar mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.
  14. Semua aspek makmal penyelidikan adalah tanggungjawab bersama semua pengguna makmal (Pensyarah, pelajar, staf makmal, pembantu penyelidikan dan sebagainya). 

Maklumat Am Tambahan

  1. Staf makmal - Staf rasmi USM dan dibawah penyeliaan LMO
  2. Makmal Pengajaran dan Pembelajaran - Secara umum: Kelas amali untuk program sarjana muda/sarjana kerja kursus dijalankan
  3. Makmal Penyelidikan - Secara umum: Terdapat tempat/stesen kerja tetap untuk pelajar pascasiswazah/pengguna (Kecuali pelajar sarjana muda).
  4. Pelajar PPTI - Pelajar yang mendaftar di bawah PPTI dalam SMU-Pelajar
  5. Label stesen kerja pelajar

Sample label

  1. Audit Dalaman makmal 
    1. Pihak LMO akan menyediakan dan meletakkan senarai semak keselamatan makmal di semua makmal berdasarkan senarai semak yang digunapakai oleh pihak UKKP USM.
    2. Pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) PPTI akan menjalankan pemantauan secara berkala berkenaan isu keselamatan dan keadaan makmal secara keseluruhan. Sebarang dapatan pemantauan akan dilapor kepada pensyarah dan satu salinan kepada pengerusi rancangan bahagian dan Timbalan Dekan Penyelidikan. Tindakan susulan (jika ada) perlu diambil dalam tempoh masa yang ditetapkan
  2. Penggunaan semula borang penyerahan tesis
    1. Borang penyerahan tesis pelajar hanya akan diproses oleh pejabat am selepas mendapat pengesahan dari pihak LMO dan penyelia pelajar. Pelajar perlu memulangkan radas dan peralatan penyelidikan yang dipinjam dan membersihkan tempat kerja penyelidikan. Senarai penyimpanan baki sampel dan bahan kimia yang telah digunakan diserah pada staf makmal bagi tujuan rekod dan audit.
  3. SOP latihan kompetansi alatan asas makmal (Orientasi pengenalan pengguna makmal)
    1. Latihan kecekapan penggunaan peralatan makmal dilaksanakan sepanjang masa oleh staf makmal bagi penggunaan peralatan berprestasi tinggi. Namun latihan pengunaan peralatan asas makmal yang lain akan dilaksanakan.
    2. Kaedah perlaksanaan latihan ini akan dibangunkan mengikut kesesuaian peralatan dan pemahaman pelajar.
    3. Bahan/maklumat mengenai orientasi pengenalan pengguna makmal kepada pelajar pascasiswazah baru akan disediakan oleh Dr Hafiidz dan dimuatnaik ke laman sesawang PPTI. Pelajar perlu mengambil ujian sehingga lulus.
  4. Hal-hal lain
    1. Makmal yang menggunakan manga tambahan oleh pensyarah perlu membuat dua (2) salinan kunci dan salinan kunci perlu diserahkan kepada LMO dan Puan Azliza di Pejabat Am.

Search

School of Industrial Technology, Building G07, Persiaran Sains, Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604 653 2219 | Fax: +604-653 6375 | Email: dean_ind@usm.my

ppti banner